Setiap kumpulan memuatkan maksimum 5 orang bermain. Jadi, dalam sesebuah perlawanan itu selalunya akan terdapat 10 orang yang bermain, 5 di Sentinal dan 5 di Scourge. Setiap orang akan mengawal satu unit yang dipanggil 'Hero'. Hero adalah unit yang kuat dan mempunyai kuasa-kuasa yang berlainan mengikut Hero yang dipilih.
Disebabkan game DotA neh adalah game yang kita hanya perlu mengawal satu unit iaitu Hero sahaja, jadi pemain tak perlu membina bangunan dan sebagainya seperti Starcraft. Pemain hanya perlu menguatkan Hero yang dikawal sahaja. Untuk menguatkan Hero neh lah pemain perlu membunuh Hero atau Creeps pihak lawan untuk mendapatkan Gold. Gold inilah yang akan digunakan oleh pemain untuk membeli barang-barang bagi menguatkan hero mereka. Setiap Hero atau Creeps yang dibunuh juga akan memberikan 'experince point' di mana ianya diperlukan untuk menaikkan level Hero tersebut. Setiap level akan membolehkan pemain meng'unlock' keupayaan atau kuasa/spell untuk Hero yang dikawal.
Ok dah. Aku malas nak terang banyak-banyak. Bukannya korang faham pon. Bagi yang tak pernah main game ni, silalah main dan untuk keterangan lanjut sila layari laman web Wikipidia. Memang game yang paling hot abad ini. Lelaki kalau tak kenal DotA tak tahula aku nak cakap apa. Kalau tak main pon, mesti dorang tahu punya apa itu DotA. Rugi beb kalau korang tak main. Memang amazing game ni especially kalau main ramai-ramai dengan member-member korang kat hostel atau kat cc. Memang havoc habis!
Penangan DotA memang tidak dapat disangkal lagi. Kalau lelaki yang main, sorry la wa cakap lu..awek pon dia letak tepi ooo. Member aku sendiri, clash dengan awek dia sebab DotA. So, mana-mana aweks yang ada bf kat sini berjaga-jagalah kalau bf korang men DotA..Jaga la bf korang tu elok2..keh3
So? Menarik
sumber